Monday, January 25, 2010

Tiada yg sempurna

Tiapa apa yang sempurna, tiada sesiapa yang sempurna.

Tak perlu segala-galanya sempurna dulu baru kita start berusaha. Dalam memburu kejayaan, kita tak perlu tunggu diri kita sempurna barulah kita bergerak mengejar kejayaan. Jadilah diri sendiri, itu lebih baik.

Setiap orang di kalangan kita dijadikan unik kerana kita ada bakat tersendiri, kebolehan tersendiri, kemahiran tersendiri. Mungkin ada yang serupa, tapi tak sama tahapnya. Jangan samakan diri Anda dengan orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebaliknya tonjolkan siapa Anda.

Selagi namanya kita manusia biasa, kita takkan dapat jadi sempurna. Mesti ada yang ‘kureng’ kat mana-mana. Fikirkan apa kekurangan Anda kemudian berusahalah memperbaikinya.

Bagi saya, penguasaan bahasa Inggeris saya masih tak sepower mana. Dari situlah saya masih berusaha memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris. Dari penulisan dan percakapan, saya terus menerus berusaha memperbaikinya setiap hari.

Selagi kita rasa masih ada kemahiran yang kita kurang kuasai, selagi itu kita akan rasa terdorong untuk memperbaiki tahap penguasaan kita. Syaratnya, jadikan ia satu keinginan yang amat kuat supaya kita ada motivasi melakukan penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join