Tuesday, October 20, 2009

final oh final...

20-10-09

Assalammualaikum.....bila exam nk menjelang ni, mula la yg nk stress la...ckp pn x betul la..nmpk yg bukan2 la...dan mcm2 lg... I would like to share some tips to handle stress when u face it...Kira cam rawat stress dr menjadi lebih truk...

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa Kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik Dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

p/s: to all my friends gud luck for final exam k.. wat yg terbaek… maafkan kesalahan diri ni jika ad..terutamenye for student KUIM… miggu depan dah start final… pape pon wa syg u all… wasalam..

Sunday, October 18, 2009

Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup

18-10-09

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian." Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya."

Disuarakan oleh bijak pandai: "Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji." Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu." (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: "Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan." (Surah ali-Imran, ayat 200) Berkata Junaid al-Baghdada katanya: "Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar." Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: "Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya."

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 155-156) Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar. Sabar, ringan di mulut tapi berat untuk dilaksanakan, dan ganjaran bagi sesiapa yang bersabar tiada batasannya, tiada sifir atau formula. Apa-apa dugaan yang dihadapi adalah daripada Allah juga dan kita hendaklah kembali kepada-Nya untuk sebarang jalan penyelesaian.

Thursday, October 15, 2009

Fatamorgana Kehidupan

15/10/2009

Dunia adalah fatamorgana. Berjalan di atasnya para musafir merentasi padang pasir yang luas membentang. Dihamparkan jalan pasir yang panas & jerlus membenam kaki. Beratapkan matahari yang terik mebakar kulit dan mengeringkan tekak. Sumur yang indah, bersinar terpancar bak berlian, mengaburi & menipu mata sang musafir yang akhirnya mengheretnya ke lembah kekecewaan. Sedarlah wahai rakan-rakan permusafiranku. Hakikat hidup ini dihiasi kesusahan & kepahitan yang membuatkan matamu mencari kesenangan yang segera tetapi tipu & ilusi. Bersabarlah dalam mencari kesenangan yang nyata. Tabahkan hatimu dalam setiap langkahmu yang memijak pasir-pasir yang membakar kakimu. Majukan langkahmu dengan berpandukan peta Al-Qur’an & Hadith serta kompas iman seperti yang dijanjikan Allah & RasulNya bahawa kau akan selamat dalam perjalananmu. Semoga kita sentiasa dalam bimbinganNya.

Monday, October 12, 2009

Makin Orang Pandang Rendah, Makin Jadi Bersemangat

Tahu tak bila orang pandang rendah pada Anda, Anda boleh tukar perasaan tu jadi pencetus untuk Anda jadi bersemangat? Gunakan reverse thinking. Jadikan kata-kata kesat mereka sebagai pembakar semangat Anda. Jadikan ia pendorong untuk Anda membuktikan kebolehan Anda.

Kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, sebenarnya Anda boleh jadikan sempadan diri atau tahap pencapaian usaha Anda. Bila orang memandang rendah, kira macam dia ingatkan Anda yang Anda tu ada bakat, ada potensi, ada kebolehan cuma dia masih lum nampak! Oleh itu, Anda kena usaha kuat, biar dia nampak apa bakat Anda.

Kekadang Anda sendiri yang menghadkan kebolehan diri sebab terus menerus mengingat apa yang orang cakapkan pasal Anda. Orang cakap Anda bodoh, pastu Anda selalu ingat yang Anda bodoh, kesannya Anda jadi bodoh walaupun sebenarnya Anda ada potensi untuk jadi pandai dengan menukar panggilan bodoh sebagai pendorong untuk Anda berusaha jadi orang pandai.

Minda kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan selalu. Kita boleh jadi rajin, jika kita percaya yang kita boleh berubah jadi orang rajin pastu kita berusaha merajinkan diri serajin yang mungkin supaya kita terdorong jadi rajin. Target di minda, perlu seiring dengan usaha. Usaha perlu menuju kepada target dalam minda. Sebab tu Anda kena ada target!

Pada Anda yang selalu dipandang rendah, jangan simpan lama-lama ingatan tu. Tukarkan ia jadi pembakar semangat. Ubah kata-kata negatif, tukar menjadi kata-kata positif kemudian ingatlah selalu kata-kata positif itu supaya motivasi Anda sentiasa menyala.

Tiap kali Anda teringat kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, Anda bukan lagi rasa rendah diri tapi tetiba rasa bersemangat semacam, tetiba timbul inspirasi untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari tahap sekarang ni. Bukan cobaan, tapi betul-betul punya story.

Kalo sekarang ni kerja cuma kerani, majukan diri jadi ketua kerani.

Jika sekarang ni cuma usahawan kecil-kecilan, majukan diri jadi usahawan industri.

Jika sekarang ni cuma guru biasa, majukan diri jadi guru penolong kanan atau guru biasa yang sumbangannya luar biasa.

Jika sekarang Anda cuma suri rumah, majukan diri jadi usahawan wanita. Kita ada hak untuk berubah, kerana ini diri kita, hidup kita!

Tiada siapa akan tahu apa yang boleh kita capai jika kita tidak terfikir untuk diri memperbaiki tahap pencapaian, lebih dari sekadar memperibaki taraf kehidupan. Sepatutnya kita yang kena beri dorongan positif pada diri sendiri, bukan asyik mengingat apa yang orang cakapkan negatif pasal kita. Jika Anda sering dipandang rendah, jangan mengalah. Tukarkan pandangan rendah mereka menjadi booster semangat buat diri Anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join