Monday, January 24, 2011

Jangan pandang rendah terhadap orang lain...

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman : 18 )
Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan" Seterusnya,Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"
Kesimpulan di sini… jgn pandang rendah terhadap org lain… dan jgn takbur dan sombong… semoge hari ini lagi baik dari hari semalam… kita x blh jd perfect… hnye rasulullah… tp kita boleh berusaha untuk menjadi perfect… sekian salam satu ummah… AS13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join