Monday, October 12, 2009

Makin Orang Pandang Rendah, Makin Jadi Bersemangat

Tahu tak bila orang pandang rendah pada Anda, Anda boleh tukar perasaan tu jadi pencetus untuk Anda jadi bersemangat? Gunakan reverse thinking. Jadikan kata-kata kesat mereka sebagai pembakar semangat Anda. Jadikan ia pendorong untuk Anda membuktikan kebolehan Anda.

Kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, sebenarnya Anda boleh jadikan sempadan diri atau tahap pencapaian usaha Anda. Bila orang memandang rendah, kira macam dia ingatkan Anda yang Anda tu ada bakat, ada potensi, ada kebolehan cuma dia masih lum nampak! Oleh itu, Anda kena usaha kuat, biar dia nampak apa bakat Anda.

Kekadang Anda sendiri yang menghadkan kebolehan diri sebab terus menerus mengingat apa yang orang cakapkan pasal Anda. Orang cakap Anda bodoh, pastu Anda selalu ingat yang Anda bodoh, kesannya Anda jadi bodoh walaupun sebenarnya Anda ada potensi untuk jadi pandai dengan menukar panggilan bodoh sebagai pendorong untuk Anda berusaha jadi orang pandai.

Minda kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan selalu. Kita boleh jadi rajin, jika kita percaya yang kita boleh berubah jadi orang rajin pastu kita berusaha merajinkan diri serajin yang mungkin supaya kita terdorong jadi rajin. Target di minda, perlu seiring dengan usaha. Usaha perlu menuju kepada target dalam minda. Sebab tu Anda kena ada target!

Pada Anda yang selalu dipandang rendah, jangan simpan lama-lama ingatan tu. Tukarkan ia jadi pembakar semangat. Ubah kata-kata negatif, tukar menjadi kata-kata positif kemudian ingatlah selalu kata-kata positif itu supaya motivasi Anda sentiasa menyala.

Tiap kali Anda teringat kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, Anda bukan lagi rasa rendah diri tapi tetiba rasa bersemangat semacam, tetiba timbul inspirasi untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari tahap sekarang ni. Bukan cobaan, tapi betul-betul punya story.

Kalo sekarang ni kerja cuma kerani, majukan diri jadi ketua kerani.

Jika sekarang ni cuma usahawan kecil-kecilan, majukan diri jadi usahawan industri.

Jika sekarang ni cuma guru biasa, majukan diri jadi guru penolong kanan atau guru biasa yang sumbangannya luar biasa.

Jika sekarang Anda cuma suri rumah, majukan diri jadi usahawan wanita. Kita ada hak untuk berubah, kerana ini diri kita, hidup kita!

Tiada siapa akan tahu apa yang boleh kita capai jika kita tidak terfikir untuk diri memperbaiki tahap pencapaian, lebih dari sekadar memperibaki taraf kehidupan. Sepatutnya kita yang kena beri dorongan positif pada diri sendiri, bukan asyik mengingat apa yang orang cakapkan negatif pasal kita. Jika Anda sering dipandang rendah, jangan mengalah. Tukarkan pandangan rendah mereka menjadi booster semangat buat diri Anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join