Wednesday, September 2, 2009

Jasmani Rohani


    Mula dari pagi, Anda dah makan dan minum. Bermakna, jasmani anda mendapat tenaga untuk berupaya mengharungi cabaran hidup pada hari ini.
Dalam sehari, Anda makan paling kurang 3 kali,termasuk minum petang dan makanan ringan yang Anda suapkan ke mulut.
Tapi, bagaimana dengan rohani Anda?
Anda asyik berikan jasmani Anda makanan untuk sentiasa bertenaga, sentiasa ada power. Jika rohani tidak diberikan tenaga, maka akan kurang power, bahkan semakin tak ada power.
Makanan rohani adalah kegembiraan yang lahir dari dalam hati. Untuk lebih jelas, makanan yang paling lazat baginya adalah zikir, doa, rasa kesyukuran dan taubat.
Anda, jika sedang sibuk berusaha membentuk diri menjadi insan cemerlang, perlu ingat untuk memberi makanan pada rohani Anda. Bila rohani sentiasa bertenaga, sentiasa ada power, Anda akan terasa kesannya.
Kegembiraan terpancar di wajah Anda. Anda akan rasa bahagia menjalani hidup sehari-hari di mana rasa cinta mengelilingi Anda dari pagi hari ini hingga ke petang esoknya. Tak akan ada tekanan, permasalahan, pertelingkahan.
Selain itu, Anda sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Tak kira apa yang Anda buat, misalnya baca buku, menaip, memasak, menjaga anak Anda atau menguruskan perniagaan, Anda melakukannya dengan penuh semangat, penuh iltizam.
Anda rasa ada keseronokan time buat semua tu. Rasa hepi saja. Itulah kesan jika rohani Anda cukup makanannya.
Tetapi, Anda akan kurang bersemangat bila Anda kurang memberi perhatian pada aspek rohani atau menganggap amalan berdoa, bersyukur dan meminta ampun pada Tuhan tu sesuatu yang remeh.
Kesan yang lebih ketara, Anda senang dihinggapi stress.
Apa yang Anda usahakan akan selalu kurang berhasil walau sekuat manapun, serajin manapun Anda berusaha (kerana Anda tidak gembira!). Kemudian, masalah muncul satu persatu dalam hidup Anda. Contoh?
Anda akan mengalami masalah perhubungan, masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah dengan kawan-kawan atau masalah kewangan yang sangat teruk, bagaikan sumber rezeki Anda tiba-tiba jadi sangat sempit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join