Thursday, October 15, 2009

Fatamorgana Kehidupan

15/10/2009

Dunia adalah fatamorgana. Berjalan di atasnya para musafir merentasi padang pasir yang luas membentang. Dihamparkan jalan pasir yang panas & jerlus membenam kaki. Beratapkan matahari yang terik mebakar kulit dan mengeringkan tekak. Sumur yang indah, bersinar terpancar bak berlian, mengaburi & menipu mata sang musafir yang akhirnya mengheretnya ke lembah kekecewaan. Sedarlah wahai rakan-rakan permusafiranku. Hakikat hidup ini dihiasi kesusahan & kepahitan yang membuatkan matamu mencari kesenangan yang segera tetapi tipu & ilusi. Bersabarlah dalam mencari kesenangan yang nyata. Tabahkan hatimu dalam setiap langkahmu yang memijak pasir-pasir yang membakar kakimu. Majukan langkahmu dengan berpandukan peta Al-Qur’an & Hadith serta kompas iman seperti yang dijanjikan Allah & RasulNya bahawa kau akan selamat dalam perjalananmu. Semoga kita sentiasa dalam bimbinganNya.

Monday, October 12, 2009

Makin Orang Pandang Rendah, Makin Jadi Bersemangat

Tahu tak bila orang pandang rendah pada Anda, Anda boleh tukar perasaan tu jadi pencetus untuk Anda jadi bersemangat? Gunakan reverse thinking. Jadikan kata-kata kesat mereka sebagai pembakar semangat Anda. Jadikan ia pendorong untuk Anda membuktikan kebolehan Anda.

Kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, sebenarnya Anda boleh jadikan sempadan diri atau tahap pencapaian usaha Anda. Bila orang memandang rendah, kira macam dia ingatkan Anda yang Anda tu ada bakat, ada potensi, ada kebolehan cuma dia masih lum nampak! Oleh itu, Anda kena usaha kuat, biar dia nampak apa bakat Anda.

Kekadang Anda sendiri yang menghadkan kebolehan diri sebab terus menerus mengingat apa yang orang cakapkan pasal Anda. Orang cakap Anda bodoh, pastu Anda selalu ingat yang Anda bodoh, kesannya Anda jadi bodoh walaupun sebenarnya Anda ada potensi untuk jadi pandai dengan menukar panggilan bodoh sebagai pendorong untuk Anda berusaha jadi orang pandai.

Minda kita dibentuk oleh apa yang kita fikirkan selalu. Kita boleh jadi rajin, jika kita percaya yang kita boleh berubah jadi orang rajin pastu kita berusaha merajinkan diri serajin yang mungkin supaya kita terdorong jadi rajin. Target di minda, perlu seiring dengan usaha. Usaha perlu menuju kepada target dalam minda. Sebab tu Anda kena ada target!

Pada Anda yang selalu dipandang rendah, jangan simpan lama-lama ingatan tu. Tukarkan ia jadi pembakar semangat. Ubah kata-kata negatif, tukar menjadi kata-kata positif kemudian ingatlah selalu kata-kata positif itu supaya motivasi Anda sentiasa menyala.

Tiap kali Anda teringat kata-kata orang yang memandang rendah pada Anda, Anda bukan lagi rasa rendah diri tapi tetiba rasa bersemangat semacam, tetiba timbul inspirasi untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari tahap sekarang ni. Bukan cobaan, tapi betul-betul punya story.

Kalo sekarang ni kerja cuma kerani, majukan diri jadi ketua kerani.

Jika sekarang ni cuma usahawan kecil-kecilan, majukan diri jadi usahawan industri.

Jika sekarang ni cuma guru biasa, majukan diri jadi guru penolong kanan atau guru biasa yang sumbangannya luar biasa.

Jika sekarang Anda cuma suri rumah, majukan diri jadi usahawan wanita. Kita ada hak untuk berubah, kerana ini diri kita, hidup kita!

Tiada siapa akan tahu apa yang boleh kita capai jika kita tidak terfikir untuk diri memperbaiki tahap pencapaian, lebih dari sekadar memperibaki taraf kehidupan. Sepatutnya kita yang kena beri dorongan positif pada diri sendiri, bukan asyik mengingat apa yang orang cakapkan negatif pasal kita. Jika Anda sering dipandang rendah, jangan mengalah. Tukarkan pandangan rendah mereka menjadi booster semangat buat diri Anda!

meh layan...

Assalammualaikum semue…

Aku nk citer ciket tntng khidupan ak sebagai seorang askar simpanan ataupun askar wataniah…. Best sanggat… mmg orang d sekeliling melihat khidupan seorang tentera n x best.. tp.. bg ak… khidupan tentera mgajar ak segale2nye… ‘kehadiranmu tidak diundang.. ragu2 sile pulang….’ Tiada mustahil dalam askar…. Dan macam2 lg kata2 semangat dheorang… ak x d r nk cakap ak over about army n… ak x bape minat masuk askar… tapi ak minat dengan kehidupan askar… itu yg sebenarnye….series ak cakap.. ak bukan r disiplin mane pon… tp dalam askar ak belajar cmne nk jd disiplin… mule2 mmg payah r… tp… lme2 dah biase… walaupun br setahun ak masuk wataniah n.. ak dah dapat macam2 … semue tntng kehidupan korang akan pelajari dalam askar…ak try r aplikasikan khidupan askar dalam khidupan seharian ak… mmg bagus gler… sebagai contoh, tiada mustahil dalam askar….(mksudnye semue bende kite leh wat… tp klu dah ditakdirkan 2 cite laen) cube korang test… bende susah yg korang piker mmg x leh wat r… tp … korang tekat wat juge.. beruseha sampai boleh… yakin pada diri sendiri… insyaallah korang leh berjaye…k wasalam…

Friday, October 9, 2009

Renung2kan lah...

SAHABAT…

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita… Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan… Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan… Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan… Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan… Kita tidak tahu… Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

diambil dari:

http://www.izoblog.com/kata-kata-hikmah/sahabat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join