Monday, August 31, 2009

merdeka!!!

Merdeka??? Xkn merdeka luaran j.. meh kte merdeka dalaman lak..Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.Barulah merdeka...

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Monday, August 24, 2009

Ambil Masa



Perubahan biasanya mengambil masa. Walaupun Anda nak melihat kesan perubahan dengan cepat, namun kesannya juga tak kekal, cepat hilang. Benda yang dibuat secara kelam kabut biasanya kurang kualiti dan tak tahan lama.
Begitu juga dengan sikap kita. Nak ubah sikap dari selalu berfikiran negatif kepada fikiran positif ambil masa. Ada orang ambil masa 6 bulan nak berubah dari sikap lama kepada sikap baru.
Ada orang ambil masa 3 bulan nak berubah. Ada orang amik masa setahun.
Nak berubah, biar dibuat langkah demi langkah, macam kita bergerak naik tangga. Biar perubahan yang Anda mahukan dibuat secara bertahap, agar lebih mudah diserap dan lebih kejap melekat lalu menjadi tabiat. Jangan tamak sangat nakkan kesan dengan cepat sebab kualitinya akan jadi kurang baik.
Selain ambil masa, perubahan minda dari minda negatif kepada minda positif perlukan Anda memiliki kemahuan kuat, sekuat Anda mahukan udara tatkala sedang lemas di dalam air. Selepas itu, diikuti dengan komitmen dan istiqamah, iaitu berfikiran positif secara berterusan sepanjang masa, tahan mendepani fikiran-fikiran negatif di sekeliling.
Mengapa mesti lakukan secara berterusan?
Macam stamina pemain bola sepak. Dia kena jaga stamina tu, jika tidak, dia akan cepat penat, kemudian sudah tentu dia dan pasukannya kalah teruk hanya kerana stamina lemah.
Anda kena jaga fikiran positif Anda. Jika tidak, Anda akan cepat dipengaruhi fikiran-fikiran negatif lalu Anda jadi kurang bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda tak akan ada kekuatan mengharungi segala masalah dan apa saja dugaan hidup.
Walaupun merubah diri ke arah pemikiran positif, tindakan positif ambil masa, namun membuat Anda kuat mendepani apa saja cabaran yang muncul dalam hidup Anda.

Hardware Minda



Jika Anda perhatikan sebuah desktop pc ataupun laptop, sama saja jenis hardware di dalamnya.
Mesti ada motherboard, plug keyboard, cooling fan, usb hub, plug ke speaker dan plug untuk monitor. Kesemua desktop pc mempunyai pemasangan hardware dan cable wiring yang sama.
Apa yang membezakan satu desktop pc dengan desktop pc lain adalah dari jenis processor dan software yang digunakan. Lebih canggih jenis processor dipasang, maka lebih power, lebih laju komputer tersebut.
Begitu juga minda Anda. Sejak Anda lahir, jumlah neouron dan lokasi neouron sama saja dengan neuron yang ada di dalam minda orang lain.
Apa yang membezakan adalah bagaimana Anda berfikir, idea-idea yang Anda keluarkan dan kekuatan tenaga mental Anda.
Cara kita berfikir boleh diumpamakan sebagai software (perisian). Kekuatan mental lebih kurang sama dengan kapasiti sebuah prosessor contohnya Intel Pentium, Dual Core ataupun AMD Athlon.
Untuk menjadikan sebuah desktop pc lebih power, Anda kena masukkan software canggih disokong oleh pemasangan hardware berkapasiti tinggi seperti dinyatakan di atas. Untuk membentuk minda jadi power, Anda kena masukkan fikiran-fikiran positif disertakan dengan ilmu-ilmu positif, yang baik-baik.
Jika Anda masukkan fikiran-fikiran negatif disertakan dengan ilmu-ilmu negatif, yang buruk, ia ibarat virus yang akan merosakkan, menjemkan komputer Anda. Sudah tentu Anda tak nak ini berlaku.
Anda boleh membina kekuatan mental dengan membanyakkan aktiviti berkaitan minda seperti membaca, menganalisa dan mengkaji. Nak jadi lebih power lagi, gabungkan dengan emosi yang sentiasa berada dalam tahap gembira.
Barulah minda tak berserabut dengan stress atau tekanan. Jika ada stress, ia seperti habuk yang menyerabuti cpu komputer desktop Anda. Kesannya, komputer Anda jadi slow dan sangkut-sangkut, kekadang tak leh on sebab RAM diselaputi habuk tebal.
Mulai sekarang, bina kekuatan mental supaya minda Anda menjadi lebih cemerlang. Kesannya Anda boleh mencapai apa saja kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan.

Sunday, August 23, 2009

Mulakan Dari Hati


Kita Kena Mulakan Dari Hati
Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda juga. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.
Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.
Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.
Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.
Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

Buruknya Bersangka Buruk



Apa yang kita fikirkan selalu, itu yang akan didatangkan dalam hidup kita.

Bila kita selalu bersangka baik, hormat pada orang, jujur dan berkata yang baik-baik di mulut juga dihati, pasti semua yang baik-baik akan didatangkan pada kita. Bentuknya, situasinya, suasananya tak tentu cemana, tapi yang pasti, berbentuk baik. Kesannya, kita terdorong untuk mencapai kecemerlangan kerana kita termasuk ke dalam situasi yang baik-baik.

Bila kita selalu bersangka buruk, tidak merasa tenang, semua yang buruk-buruk akan didatangkan pada kita. Saya, pernah bersangka buruk. Kesannya, saya mendapat balasan yang buruk-buruk dan termasuk ke situasi yang buruk-buruk, antaranya kegagalan dan kesilapan. Situasinya, suasananya, orang-orangnya, semua yang buruk-buruk belaka.

Selepas mengkaji, rupa-rupanya semua tu berpunca dari fikiran saya. Saya tengok orang yang hatinya baik, sering ditemukan dengan situasi yang baik-baik, mendapat segala yang baik-baik, antaranya kerja tetap, kemurahan rezeki, kebahagiaan berkeluarga dan ketenangan hidup. Dari situ, saya tekad merubah fikiran dengan merubah fokus kepada semua yang baik-baik, sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan.

Ambil pengajaran. Sedarlah betapa buruknya sikap bersangka buruk pada orang sekeliling, pada kawan-kawan, pada kenalan kita juga pada sesuatu yang diusahakan oleh orang lain. Bila kita bersangka buruk pada orang, apa yang kita sangkakan itu akan didatangkan dalam hidup kita kerana apa yang kita fikirkan, menjadi satu doa pada Allah supaya DIA memunculkan apa yang kita doakan tu dalam hidup kita.

Mungkin saya pernah katakan hal ini dalam artikel lain. Tapi, saya dan Anda kerap lupa, sebab itu kita sama-sama sering mengingatkan.

Menyesal???

.

Sesal, Menyesal, Penyesalan

Saya faham Anda pernah menyesal. Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya.

Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana Anda boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Arus hidup saya membuat saya berakhir menjadi seorang anak muda tanpa kerja bergaji, hanya ada sebuah laptop, sambungan internet, basikal lumba dan sukan renang.

Tapi, setiap hari saya tekad untuk melakukan semua yang saya buat dengan cukup bagus, hebat sekali. Saya tekad untuk belajar sepanjang masa, belajar memperbaiki kemahiran, belajar mengasah lagi apa yang saya dah tahu.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Saya tak pernah bersaing dengan sesiapa, saya set target dan berusaha keras mencapai target saya, itu saja.

Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira.

Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Anda, saya bukan nak tunjuk pandai. Saya bukan pakar motivasi. Saya cuma anak muda yang tekad memperbaiki diri. Sebab? Saya nak maju dalam kerjaya, keluarga, kesihatan dan kewangan saya.

Saya percaya Anda mahukan sebab yang sama. Anda dan saya adalah sama, walaupun kita amat berlainan.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha.

Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk Anda pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B.

Tangan Anda memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana Anda mengendalikan perjalanan hidup Anda.

Menyesal umpama Anda berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah Anda tinggalkan.

Sudah tentu Anda tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa.

Terimalah itu sebagai kesilapan Anda. Lebih baik lupakan.

Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting.

Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Join