Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
Jiwe ak… aku sekarang sudah leh terime kawan2 kat kolej… dansuasane kat kolej ak… Aku ingat lg.. ms ak mule2 dapat 3 tawaran dari kolej university islam Melaka…3 tawaran yg same… kolej yg same n kos gak yg same…kos undang-undang dan syariah.. dalam hatiku berkate,mgkin ad sebab ak dapat tawaran ini…yes.. ak mgaku ak ‘ nakal’ n skarang msih terbawe2 perangai lme ku… sebelum ak ckp lbih jauh… untuk pengetahuan korang sebelum ak masuk k kuim ak mgambil aliran teknik.. jurusan awam… nk jd cite ak mengambil kptsan tok terime tawaran tersebut… dalam hatiku ble lg ak nk brubah kn.. tp… orang ckp klu nk brubah kat mane2 pon leh.. ikot pangkal hati…yes ak mgaku semue tu tol.. ak nk jdkan kolej yg ak belajar sekarang tempat perubahan ak… itu kate hati ak… ok ak amk risiko lari kos… pada mase 2 semue d sekeliling ad yg mentertawekan ak,memarahiku.. kate lari kos la…em ak wat pekak j.. dalam hatiku, bkn dheorang nk belajar.. ak… ad yg kutuk.. “weh org cam ko layak k masuk kolej islam?”x pe.. ak masih tersenyum…mgkin n semue ujian terhadapku… ak teruskan niatku masuk kolej islam.. pada mule2 masuk mmg jiweku memberontak gler… ye r suasane kat kolej ni laen ngan khidupan ak kat luar… ak remaje… mahukan kebebasan… ad satu tahap ak nk berhenti j kolej.. masuk poli j… sebab ble ak balik rmh, mmbr2 poli ak ceritekn kemeriahan hidup dheorang kat sne.. leh kluar mlm…aku??? Hanye bercerite ak dikurung dalm sangkar… penjare.. mlm x leh kluar.. limit sampai kul 7 j..g kelas kne pki kmeje n kdg2 siap tie.. em… semue gelakkn ku… pas2 leh ckp “sape suruh masuk kolej islam… padan muke ko…” mase 2 rase nak bla dari kolej amat tinggi..setiap mggu ak balik rmh… kdg2 ari khamis ak dah bla… mlm mggu nk kluar… lepas tensyen… em.. bile balik kolej.. ak sendirian… kwn2 cam x d…lantak same kolej.. ak lebih pntingkn dunie luar ak j.. yg ak tau g kelas balik kelas.. khamis ak bla… 2 r rutin ak selame satu sem…ak x leh terime peraturan kolej.. cam sial… emmmm ….. syuk2.. satu malam tb2 ak terjage dari tdor.. ak termenung.. betol k n niat ak first2 msk kolej?? Aku serbe salah pade diriku sendiri.. ak terdiam…emmm..ak bernasib baek masuk wataniah under kolej ak… kat dalam pasukan n ak blajar mcm2.. ap erti sebenar kwn,khidupan,dan susah payah hidup n… baru ak paham x d susah dalam hdp ni n x d mustahil dalam hidup.. kecuali dah mmg takdir…tp ak perlukan orang d skeliling ak tok bersame2 mmbntu ak.. sekarang… ak dah boleh terime kolej islam n.. peraturan.suasane.. cume x dapat sepenuhnye lg r.. masih dalam proses.. ak bersyukur… sedikit demi sedikt perangai ak yg ‘nakal’ kat luar dapat d kurangkn n ad yg dah tnggal.. Alhamdulillah… ak dh ramai kwn kat kolej n.. tolong ak ea kwn2.. sokong ak… mmg perangai gler2 ak msih ad sekarang.. ak mgaku.. ak sekarang dah bnyak gelak kat kolej n.. ade j kwn d sekeliling ak… terime kasih jd kawanku… dunie luar ak cmne lak??? Ak masih kawan ngn dheorang.. tp ak dah boleh pkir ap yg baek n buruk tok diri ak.. ak tanamkan dalam otak ak.. KITA TIDAK BOLEH JADI PERFECT… TAPI KITA BOLEH BERUSAHA UNTUK JADI PERFECT!!! Semoge ary ini lg baek dr ary semalam.. sekian wasalam…
assalammualaikum...
ni nk cite cikit... keselaluan aku memasuki room chat ym melaka3 .. aku x sangke lak member kat dalam chat room ni dah watkan pic tok aku sekali... rase best lak jd member kat room mlk3 n.. dheorang mmg sporting abis.. sape2 nak release tensyen leh r lepak kat room ni... (ceh.. siap promote).. 10.10 iaitu mggu depan ad wat gath.. aku ingat nk g sekali r... sbb x prnh jmp ngan bdk2 kat room mlk3 n live.. camne erk dheorng... hope leh masuk kepale r... em k r pape aku terharu gak r pasal pic yg ak br dapat ni...
k bye...
Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.
Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.
Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.
Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.
Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.
Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.