Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca retro zone…
Lagi beberapa hari lg, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan saya kira tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para pembaca retro zone ini. Bergembiralah anda di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang tidak sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, itu sebenarnya tidak langsung memutuskan ingatan anda kepada mereka di kampung halaman bukan? Kirimkan salam aidilfitri menerusi panggilan telefon, SMS, pun adalah tanda ingatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog ini dan terutamanya sesiapa yang mengenali diri ini..
Baiklah, bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, saya ingin menulis tentang suatu perkara yang sering anda ucapkan, dan ia menarik untuk kita dalami. Perbuatan memohon maaf, dan memaafkan orang lain
Seringkali apabila pergi beraya, anda akan berkata, maaf zahir batin….Dan yang menyambutnya berkata, sama lah kita…0-0 ya!
Perbuatan memohon maaf dan memaafi seseorang yang lain, adalah perbuatan yang mulia. Namun, ia perlulah di lakukan dengan ikhlas! Jangan di mulut sahaja lafaz maaf, tapi di hati : ‘ Ingat senang-senang aku nak maafkan kau?’ Ketahuilah bahawa :
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)
Dalam ayat lain Allah berfirman: “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)
untuk menjadi perfect mmg x boleh.. hanye rasulullah.. tetapi kte boleh berusaha untuk jd perfect... semoga hari ini lagi baek dr hari semalam...
Sunday, September 13, 2009
Selamat menyambut Aidilfitri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca retro zone…
Lagi beberapa hari lg, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan saya kira tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para pembaca retro zone ini. Bergembiralah anda di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang tidak sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, itu sebenarnya tidak langsung memutuskan ingatan anda kepada mereka di kampung halaman bukan? Kirimkan salam aidilfitri menerusi panggilan telefon, SMS, pun adalah tanda ingatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog ini dan terutamanya sesiapa yang mengenali diri ini..
Baiklah, bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, saya ingin menulis tentang suatu perkara yang sering anda ucapkan, dan ia menarik untuk kita dalami. Perbuatan memohon maaf, dan memaafkan orang lain
Seringkali apabila pergi beraya, anda akan berkata, maaf zahir batin….Dan yang menyambutnya berkata, sama lah kita…0-0 ya!
Perbuatan memohon maaf dan memaafi seseorang yang lain, adalah perbuatan yang mulia. Namun, ia perlulah di lakukan dengan ikhlas! Jangan di mulut sahaja lafaz maaf, tapi di hati : ‘ Ingat senang-senang aku nak maafkan kau?’ Ketahuilah bahawa :
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)
Dalam ayat lain Allah berfirman: “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)
Bahagiakan Pagi Raya Anda Dengan 7 Petua
Bagaimana nak bahagia dan bersemangat di pagi raya? Ikuti 7 petua di bawah…1. Pada malam raya, ucap syukur dan wujudkan rasa berterima kasih pada Allah kerana Anda masih sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Pada pagi raya, niat dalam hati Anda mahu hari itu hari yang gembira buat Anda.
2. Sebelum ke masjid, minta maaf pada ibu dan bapa, juga ahli keluarga lain. Be humble.
3. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka saat Anda melangkah menuju ke masjid.
4. Selesai sembahyang sunat Aidilfitri, ramahkan diri menegur jemaah lain, terutama kawan-kawan dan kenalan Anda. Jika dia pernah buat salah pada Anda satu ketika dulu, lupakan saja seolah-olah ia tak pernah terjadi.
5. Hantar sms pada rakan-rakan, minta maaf banyak-banyak pada mereka selepas solat raya selain ucapan Selamat Hari Raya. Mesti diorang terkejut punya! Tapi, hari kita menjadi gembira bila ada kemaafan orang lain atas kesalahan-kesalahan kita.
6. Elak sikap meninggi diri atau merasa diri Anda hebat, tapi bersederhanalah kerana orang suka dekat dengan Anda bila begitu.
7. Ketika bercerita, jangan berlagak Anda tahu semua, tapi cuba hiburkan rakan-rakan dengan lawak jenaka. Jangan ketawakan kekurangan orang, kerana itu mengundang musibah buat Anda. Bahagiakanlah orang lain sepenuhnya!
Sunday, September 6, 2009
Kisah ibu dan anak
Baca nie!!!
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA Jumlah
Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.
Lihat… betapa agungnye pngorbanan seorang ibu… tapi si anak???
Pahamilah mksd disebalik kisah di atas ea kwn2… salam
Friday, September 4, 2009
Otak zikir
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Wednesday, September 2, 2009
Jasmani Rohani
Dalam sehari, Anda makan paling kurang 3 kali,termasuk minum petang dan makanan ringan yang Anda suapkan ke mulut.
Tapi, bagaimana dengan rohani Anda?
Anda asyik berikan jasmani Anda makanan untuk sentiasa bertenaga, sentiasa ada power. Jika rohani tidak diberikan tenaga, maka akan kurang power, bahkan semakin tak ada power.
Makanan rohani adalah kegembiraan yang lahir dari dalam hati. Untuk lebih jelas, makanan yang paling lazat baginya adalah zikir, doa, rasa kesyukuran dan taubat.
Anda, jika sedang sibuk berusaha membentuk diri menjadi insan cemerlang, perlu ingat untuk memberi makanan pada rohani Anda. Bila rohani sentiasa bertenaga, sentiasa ada power, Anda akan terasa kesannya.
Kegembiraan terpancar di wajah Anda. Anda akan rasa bahagia menjalani hidup sehari-hari di mana rasa cinta mengelilingi Anda dari pagi hari ini hingga ke petang esoknya. Tak akan ada tekanan, permasalahan, pertelingkahan.
Selain itu, Anda sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Tak kira apa yang Anda buat, misalnya baca buku, menaip, memasak, menjaga anak Anda atau menguruskan perniagaan, Anda melakukannya dengan penuh semangat, penuh iltizam.
Anda rasa ada keseronokan time buat semua tu. Rasa hepi saja. Itulah kesan jika rohani Anda cukup makanannya.
Tetapi, Anda akan kurang bersemangat bila Anda kurang memberi perhatian pada aspek rohani atau menganggap amalan berdoa, bersyukur dan meminta ampun pada Tuhan tu sesuatu yang remeh.
Kesan yang lebih ketara, Anda senang dihinggapi stress.
Apa yang Anda usahakan akan selalu kurang berhasil walau sekuat manapun, serajin manapun Anda berusaha (kerana Anda tidak gembira!). Kemudian, masalah muncul satu persatu dalam hidup Anda. Contoh?
Anda akan mengalami masalah perhubungan, masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah dengan kawan-kawan atau masalah kewangan yang sangat teruk, bagaikan sumber rezeki Anda tiba-tiba jadi sangat sempit.
Tukar Emosi
Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar saja.
Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja.
Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?
Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali Anda sedar yang Anda sedang berada dalam emosi negatif.
Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala Anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua, bila-bila masa.
Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh yang mungkin sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri Anda.
Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala Anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).
Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan Anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.
Dalam fikiran itu, Anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi Anda apabila melihat sesuatu situasi.
Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta.
Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.
Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.



